Welcome To

Welcome To

Wednesday 29 February 2012

# Situasi 2


Kadang-kadang ALLAH biarkan kita BERJAUHAN, DIA datangkan pula KASIH SAYANG.. puas kita menangis, betapa jauhnya ia... rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita sebuah KERINDUAN..


Monday 27 February 2012

# Situasi 1

Dear girls,

Jika seorang lelaki berhenti main game untuk menjawab panggilan anda, itu perkara biasa..tak special mana pun..

Tetapi, jika seorang lelaki berhenti berborak dengan anda untuk menjawab panggilan Allah SWT dan siap ajak anda sekali, maka kahwinilah dia..kerana dia sangat Istimewa...


Selamat menunaikan solat Asar semua (:

# Nota buat diri

Duhai diri,
Usirlah namanya dari hatimu.
Mungkin hari ini kau melihat dirinya sebagai muslimin acuan al-Quran,
Namun suatu hari nanti..
Dia juga mungkin futur dari mujahadahnya.

Serahkan hatimu pada Rabbmu,
Kerana namaNyalah yang selayaknya terpahat di dinding hatimu.

Duhai diri yang penuh dengan cacat dan cela,
Andai kau inginkan seorang mujahid yang soleh,
Ubahlah dirimu menjadi seorang yang solehah.
Jangan mencari putera idaman yang soleh andai diri sendiri tidak solehah.

Duhai diri yang tak sempurna,
Jadilah anak yang solehah buat abi dan ummi yang telah berpenat lelah,
Membesarkan dan mendidikmu.
Usah hancurkan impian mereka.

Duhai diriku,
Sedarlah tarafmu cuma hamba.
Cintamu hanya layak diberikan kepada Sang Pencipta.
Sayangmu sepatutnya dicurahkan kepada Muhammad, kekasih Allah.
Kasihmu pula hanya untuk orang-orang yang mengasihiNya.

Duhai diri,
Bangkitlah dari lenamu dek buaian cinta dunia.

Sunday 26 February 2012

Dulu kecik2,dpt baju spiderman ingat dah ader power panjat tembok..


Bismillahirrahmanirrahim..

tadi, waktu tgh usha gambar2 kat facebook ternampak gambar baju spiderman (mcm yg kat bawah ni)

teringat plak waktu kecik2 dulu.. sy ni lasak. dah mcm budak lelaki. mungkin sebab sy sorang ank prmpn so terikut2 lah perangai abg-abg.

satu hari, kat tv ader tayangkan citer spiderman. ape lagi, layan ah. teruja jugak tgk stunt-stunt yg dibuat. rasa mcm nak try gitu. pernah gayut kat grill tingkap, kat tangan pulak ikat tali kononnyer ader power boleh buat spider web. walaupun percubaan tak berhasil  masih degil nak buat jugak..kena marah ngan mak pun buat tak reti jer.. sampailah satu masa tu kat daerah rumah ader pasar malam. jual mcm2. makanan, mainan, baju-baju  dan baju spiderman pun ader jugak. 

so... minta mak belikan.. mula-mula tu mmg mak tk kasi tapi lepas tu belikan jugak.. biler mak bayar kat kaunter pembayaran tu, mmg puas hati lah.. senyum2 sendiri biler bayangkan diri ni sarungkan baju spiderman.

sampai je rumah, trus masuk bilik,salin baju spiderman yg baru beli tu. siap ngan topeng sekali hah.. tak sabar rasanyer nak lekat kat dinding. hmmph..hampeh btol biler tk dapat panjat tembok. ishh..

baru tahu, rupa2 nya citer tu cuma imaginasi jer.. tak leh jadi real pun.. sia-sia jer beli baju tu.. lepas kes tu, trus tak nak layan lagi citer superhero lagi. kecewa..huhuhu..

Saturday 25 February 2012

Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim...

hmm....first time ber-blogging ni...lain macam je rasa nye..
mudah-mudahan dapat kongsi idea dan cerita yg bermanfaat untuk semua.
kalau ader salah silap, mohon teguran ye..

Salam Ukhuwah~