Welcome To

Welcome To

Tuesday 26 June 2012

Popular di dunia atau di akhirat?

Assalamualaikum.. Lama tak update blog ni.. dah bersarang dah. :D
Saya nak share something yang saya jumpa di lelaman sosial Facebook. Hmm... kandungannya agak pedas tapi message yang nak disampaikan itu yang patut kita ambil kira. Bak kata orang, Jangan lihat siapa yang menyampaikan tapi lihat apa yang disampaikan. Jom kita renungkan bersama2. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Bismillahirahmanirrahim.


"Kita berjaya memenangi hati juri, tapi kita gagal memenangi hati malaikat di kanan dan kiri. Terjerit-jerit kita menyanyi, meraung-raung kita dijilat api. Terkinja-kinja kita di atas pentas, tergedik-gedik kita di lautan api. Berpakaian seksi-meksi, terseksa-meksa kita di akhirat nanti.


Kita bangga mendapat pujian daripada tuan direktor atas lakonan kita yang hebat. Tapi kita gagal  menurut arahan 'tuan direktor' besar nun di atas sana. Filem lakonan kita berjaya mendapat box office, tapi filem kita di panggung akhirat hancur tiada nilainya. Kita menjadi pujaan gadis dan jejaka tapi langsung tidak dipandang bidadari apatah lagi menjadi ketua bidadari di syurga.


Kita berjaya menggondol berpuluh trofi piala tapi bukannya trofi pahala. Kita mengejar anugerah dan gelaran tetapi mengenepikan anugerah syurga. Kita mendapat ganjaran wang berjuta-juta, tapi di akhirat kita mengemis meminta-minta. Kita berjalan megah di atas karpet merah,  tapi kita rebah melintasi titian siratulmustakim di sana. Kita nampak gah berpakaian glamour ditaja ribuan ringgit, tapi di padang masyar nanti, telanjang bulat juga kita.


Jadi, apa gunanya jika kita popular di dunia tetapi hanyalah picisan di akhirat?
Alangkah lebih baik kita tidak dikenali di dunia, tetapi kita disanjung di akhirat kelak.


Bertambah bagus lagi jika kita popular di dunia dan popular di akhirat kelak...Pasti anugerah yang bakal diterima lebih besar nilainya disisi ALLAH SWT."


Waktu mula2 saya baca ni mmg memberi kesan sgt dlm diri. Walaupun saya bukan lah antara yang popular di kalangan kawan-kawan apatah lagi di kalangan masyarakat. Kata-kata ni menyedarkan saya yang pada ketika itu terlalu leka dengan dunia. Harap ia juga memberi kesan pada pembaca semua. Sekadar ingin berkongsi. Salam sayang untuk semua.. ;) <3

Tuesday 12 June 2012

FENOMENA JOZAN

JOZAN merupakan gabungan dua nama iaitu JOHAN dan ZIZAN. Dua nama besar ini memang sudah tidak asing lagi di serata Malaysia. Malah, kini, JOZAN telah berjaya menempat di hati peminat di Singapura dan Brunei. Populariti JOZAN semakin meningkat setelah memenangi anugerah Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2011. Baru-baru ini, sekali lagi, Dua nama besar ini dijulang sebagai Juara dan Naib Juara Super Spontan Musim1 yang sudah melabuhkan tirainya pada 1 Jun 2012. Zizan telah menjuarai Super Spontan Musim 1 sekaligus membawa pulang hadiah RM100,000 dan sebuah Toyota Camry sementara Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.Fanclub JOZAN juga dikhabarkan menjadi kelab peminat nombor 1 di Malaysia.

ZIZAN RAJA LAWAK

JOHAN RAJA LAWAK

                           ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN
                      JOHAN NAIB JUARA SUPER SPONTAN 

                    AKSI JOZAN SAAT DIUMUMKAN JUARA

Saya jugak merupakan peminat setia JOZAN dari awal kemunculan hingga kini. Sebagai peminat, saya amat terharu dengan persahabatan antara Johan dan Zizan. Persahabatan akrab antara dua jejaka ini amat dikagumi semua JOZANNERSZ .Banyak aksi spontan JOZAN sewaktu mengacarakan program realiti Raja Lawak musim 2 hingga 6 yang jelas membuktikan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain. Terbaru, aksi JOZAN di gelanggang Super Spontan. JOZAN berjaya membuktikan bahawa persahabatan lebih bernilai dari segala harta di dunia. JOZAN juga telah membuktikan bahawa sahabat sejati benar-benar wujud di realiti dan masa kini. Persahabatan yang sangat ikhlas dan tulus itu menambahkan lagi rasa sayang JOZANNERSZ terhadap JOZAN yang tersayang.

Johan dan Zizan telah bertemu buat pertama kali di rancangan realiti TV Raja Lwak musim pertama. Gandingan pertama mereka sebagai Yoyo. Keserasian mereka terserlah dan mereka diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara rancangan realiti itu bermula musim kedua hingga keenam. JOZAN juga mempunyai rancangan sendiri yang diberi nama JOZAN SHOW.


Saya berharap JOZAN akan tetap bersatu demi peminat yang sangat suka melihat mereka bergandingan. Semoga Johan dan Zizan berjaya di dunia dan akhirat serta bahagia di samping keluarga dan orang -orang yang dicintai. Semoga persahabatan yang terjalin diantara Johan dan Zizan kekal hingga ke syurga Allah SWT.  Amin Ya Rabbal Alamin. <3<3



# Situasi 9

Diganggu RIBUAN LELAKI RAMINYA bukanlah menandakan betapa CANTIKNYA SI GADIS namun jelas menunjukkan betapa hebatnya si gadis TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAHNYA..

p/s : Jangan sesekali dirimu MEMBUKA RUANG DIGANGGU LELAKI yang berpenyakit hatinya sekaligus boleh MENJATUHKAN MARUAHMU..jangan sampai diminati namun LANGSUNG TIDAK DIHORMATI..♥♥

#Renungan