Welcome To

Welcome To

Thursday 6 December 2012

GEGARKAN KEAMANAN ISRAEL!! - Al Wa'd

Majulah!
Gegarlah!
Bangunlah!
Gegarkan keamanan Israel!

Majulah wahai anak-anak Al-Aqsa
Diratakan bumi itu dengan api
Dan gegarlah keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi

Bangunlah,Gegarlah
Gegarkan keamanan Israel

Sesungguhnya mereka lemah dan ragu-ragu
Tiada semangat bertempur
Mereka ibarat rumah lelabah
Ketika berhadapan dengan orang perkasa

Gegarkan keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi

Bangunlah,Gegarlah
Gegarkan keamanan Israel

Sesungguhnya hati mereka berpecah
Dan mereka takut kematian
Di sebalik tembok mereka berlindung
Mereka pengecut, suka akan kehidupan

Gegarkan keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi

Bangunlah,Gegarlah
Gegarkan keamanan Israel

Tentera mereka mengharapkan jaminan
Zaman mereka telah berlalu
Tentera mereka adalah tikus dalam peperangan
Telah sampai waktunya mereka musnah

Gegarkan keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi

Bangunlah,Gegarlah
Gegarkan keamanan Israel

Mari lancarkan roket kita
Berikan besi panas kepada mereka yang ketakutan itu
Katakan  pada mereka, "Kami akan bertahan"
Kami serahkan segala apa yang kami miliki

Gegarkan keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi

Bangunlah,Gegarlah
Gegarkan keamanan Israel

Majulah wahai anak-anak Al-Aqsa
Diratakan bumi itu dengan api
Dan gegarlah keamanan Israel
Nyalakan padanya gunung berapi






Saturday 17 November 2012

SAVE GAZA, SAVE PALESTINE!

Ya ALLAH, hapuskan zionis! hancurkan mereka, satukan kami Ya ALLAH, satukan seluruh umat islam YA ALLAH, bangkitkan semangat kami YA ALLAH, kuatkan kami YA ALLAH, bantu lah kami YA ALLAH, 

Lahirkan dan timbulkan pahlawan2 dan pembela islam di seluruh dunia YA ALLAH,

YA ALLAH Jadikanlah abad ini sbg abad KEHANCURAN zionis laknatullah!
------------



Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah. Turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis." Ameen ya Rabbal Alamin.

-Tolong lafazkan doa atas didalam doa harian. Semoga Allah dapat menyelamatkan rakyat Palestin dan memusnahkan rejim zionis. Amin

Sunday 11 November 2012

♥ Pierre Andre - The Most Respectable Actor ♥

Assalamualaikum..

Ok.. Hmm..rasanya baca tajuk je korang pun dah boleh agak kenapa entry kali ni bertajuk PIERRE ANDRE. Memang nak berbual pasal Pierre ni.


Firstly, Ara nak ucap tahniah untuk semua pemenang Anugerah Skrin 2012 especially Pierre Andre (ofcoz!). Ara memang peminat Pierre dari cerita Gol&Gincu Season1 lagi. So memang bangga sangat kat dia. Bagi Ara , Ara rasa Pierre ni memang seorang yang berbakat besar. mungkin orang lain kata dia ni agak kurang sikit dari segi rupa sebab tu tak ramai peminat. TAPI bagi Ara, setiap orang ada keistimewaan sendiri. I really adore him. A lot!

Setiap filem atau drama lakonan Pierre, Ara suka sangat cara dia lakonkan. Yang paling Ara suka sekali pasal Pierre ni, cara dia berbual. ROMANTIK TAU! Suara dia romantik sangat. Lebih-lebih lagi dalam Gol&Gincu dia pegang watak Reza yang couple dengan Putri. He so sweet.!! Masih ingat satu scene dalam cerita tu whereby, Reza surprise Putri dengan 'kabulkan' impian Putri untuk tunggang kuda. something like that. Bayangkan suami korang buat macam gitu..Ara tak cakap bf, Ara kata SUAMI. Lebih manis, lebih indah dan lebih bermakna kalau kebahagian kita dikongsi dengan yang halal. Kan? Hmmmm..bestnyer...Nak mcm Reza... ;)

Ok ok..cut the crap.. Sekarang ni, Ara nak komen pasal Pierre Andre kat ASK2012. Masa first time camera zoom kat Pierre time dia baru nak naik stage tu, Ara terkejut jugak dengan imej baru dia. Kelihatan agak sihat dan comel and berjambang. MasyaAllah. Kacak. Bagi Ara, Lelaki yang kacak dan Macho adalah lelaki yang berjanggut so sebab tu lah Ara kata Pierre nampak kacak. Dan sekali lagi Ara dikejutkan dengan ucapan Pierre yang sangat-sangat hebat! Ara pasti semua yang menonton dan yang ada kat sana pun pasti terpegun mendengar kata-kata jejaka ni. Dan soalan yang confirm singgah di kepala anda ialah, "Pierre dah berhijrah ke?"

MasyaALLAH! Ara tabik spring kat Pierre sebab ucapan dia memang sangat bermakna. Kagum sangat dengan Pierre. Dia tak henti-henti ucap nama ALLAH dan RASULULLAH masa terima anugerah. Tanda dia bersyukur kepada ILLAHI. Sangat ketara perubahan Pierre.


Guys, anggap speech Pierre tu sebagai TEGURAN dan PERINGATAN dari ALLAH. Mungkin sepanjang event ASK2012 ni berlangsung, semua lupa diri, lupa Islam, lupa jaga aurat, lupa jaga batas pergaulan dan mungkin juga lupa ALLAH. Kita lupa ALLAH maha melihat segala-galanya. Kita lupa ALLAH sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. ALLAH nak ingatkan kita, segala yang kita ada, semuanya milik ALLAH. Tak akan berlakunya sesuatu perkara tanpa izin DIA.

Bayangkan, sepanjang event tu, berapa banyak dosa kita dapat..So, HE sent Pierre Andre at the end of the show to REMIND us. ALLAHUAKBAR!

Sama-sama kita muhasabah diri. Kata Saidina Ali R.A, "Jangan lihat siapa yang bicara, Tapi lihatlah apa yang dibicarakan."

Ara doakan Pierre akan terus istiqamah dan Ara harap dapat lihat lebih banyak filem Islamik yang bakal memenuhi industri perfileman. InsyaALLAH.

"...anugerah yang paling hebat adalah kalimah LA ILLAHA ILLAHALLAH yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar..."  - Pierre Andre #ASK2012


Semoga Pierre Andre menjadi contoh terbaik untuk artis-artis yang lain dan kita semua. Walau hebat mana pun pencapaian kita di dunia, ingatlah semuanya milik ALLAH. Bersyukurlah

Akhir kata, HARGAILAH KALIMAH LA ILLAHA ILLAHALLAH. Sekian Wasalam.
LOVE ALLAH LOVE MUHAMMAD.

Thursday 8 November 2012

Thought of the Day

Dear sister ♥

Don't be like some girls who are pleased by seducing men and proud of being surrounded by many guys... remember, cheap items are usually surrounded by many buyers...

Don’t try to win a boy’s love and lose Allah’s satisfaction
But be like a star, so far no one can reach you, so dear, bright and shining, guiding people with the light of your good deeds.


Be like a pearl, so precious, well protected in your shell (hijab ), the only one who can have you is the right
 man who would realize your true value and cherish your protected beauty
Just be a true and strong Mujahidah fighting against all the fitnah and temptations around her :) .





InsyaAllah..

Friday 2 November 2012

Laut Berbisik, Aku Cinta Dikau Wahai Langit...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan 'Aku Cinta Kepadamu..'  ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari datang Awan...

Begitu melihat kecantikkan  si langit, awan seketika itu juga jatuh hatu terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tetap tidak berputus asa...

Awan mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Sehingga dengan gelombangnya, laut berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datang angin yang sejak dahulu mengetahui hubungan laut dengan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.

Dengan tiupan deras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perassan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perassaan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih..

Hinggalah sekarang kasihantara laut dan langit tidak dapat dipisahkan. Kita juga boleh melihat dimana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garisan antara laut dengan langit, di situlah mereka sedang berpacaran...


Why does it always rain on me? 
Just let the rain falls, cause rainbow will appear after it..~ :)

Thursday 1 November 2012

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum.. 
Semalam Ara ajak join satu segmen ni kan. Hari ni,
Ara nak ajak u'olls join lagi satu segmen. 
SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Join lah sama2 dengan Ara. Ara pun nak cari rakan blogger.. hehe ;)



Klick tau jgn tak klik.
ok jaga diri sayang2 semua ;)

Tuesday 30 October 2012

"SEGMEN : JOM FOLLOW"

Assalamualaikum...

Hari ni Ara nak ajak semua ikut Ara join Segmen : Jom Follow
Jom Join ramai-ramai. Baru meriah. 

Jumlah Followers : 1


Thursday 18 October 2012

SAAT PALING JAUH,,


SAAT PALING JAUH,,

Saat yang paling jauh adalah saat mata
mampu memandang orang yang kita cintai
NAMUN kita tak dapat menatapnya dengan

halal.

Saat yang paling jauh adalah saat kita
berhadapan dengan orang yang kita cintai
NAMUN kita haram menyentuhnya.

Saat yang paling jauh adalah ketika tangan
mampu meraihnya NAMUN dia tlah
menggenggam jari tangan yang lain.

Saat yang paling jauh dan menyakitkan
adalah pada saat kita berada di sebuah acara
Ijab Qobul NAMUN Orang yang kita cintai
bersanding dengan Insan yang menjadi
pilihannya.. ♥♥♥

Monday 24 September 2012

# Situasi 12

JANGAN RISAU jika rupamu tidak rupawan, kamu sebenarnya BERUNTUNG kerana akan datang suatu masa nanti, Allah akan TAKDIRKAN seseorang memilih untuk menikahimu bukan kerana rupamu, tetapi kerana DIRIMU YANG SEBENARNYA..
Bersangka baiklah pada Allah..♥♥


Tuesday 18 September 2012

# Situasi 11

Kamu Tahu satu-satunya ALASAN mengapa ALLAH memisahkan kita?
-> Kerana kita terlalu DEKAT...melampaui yang seharusnya..

Kamu tahu alasan mengapa ALLAH mencipta jarak antara kita?
-> Kerana ALLAH ingin kita saling MENDOAKAN... dalam jauhnya pandangan sekalipun..

Kamu tahu alasan adanya kelopak pada mata?
-> Untuk membiarkannya terpejam BERISTIREHAT dari memandangmu dalam NYATA..

Sesekali aku hanya ingin BICARA.. sekadarnya sahaja..tidak lama..
Setidaknya siapa aku ketika kita bertemu mata..

Namun dibalik telapak tangan ini, sebuah NAMA terukir INDAH...
Belum dapat ku baca..
Kata ALLAH masih RAHSIA...

Sabar itu indah jika dinanti bersama ALLAH.......

Terpendam di Jiwa- Cico Harahap

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Ok. Ara baru lepas tonton filem seram bertajuk MISTIK. Actually filem ni dah lama dah.. cuma baru sekarang di-upload di youtube oleh seorang hamba Allah ni. Ingat lagi citernya? Bagi yang terlupa , Ara kongsi sikit ye. Filem ni berkisahkan sekumpulan pelajar yang pergi ke sebuah pulau untuk buat kajian. Pulau Banyu Biru. Then kat situ mereka berdepan dengan bermacam-macam peristiwa Mistik. Filem lakonan Cico Harahap, Al-Fathir Muhcsin, Rita Rudaini dan ramai lagi. Ara suka dengan lagu yang Cico nyanyi dalam citer ni.. lagu SELOKA BANYU BIRU dan TERPENDAM DI JIWA.


Tapi kat Youtube takde pun lagu ni.. sesapa yang dalam collection peribadi 2 lagu ni boleh share dengan Ara? :))

Ara sertakan lirik lagu Terpendam Di Jiwa nynyian Cico.. Merdu suara dia.

Di ruang hatiku...
Tersimpan... cinta membara...
Yang lama ku pendamkan...
Semenjak mula.. kita bersua...

Kau insan yang pertama...
Bersemadi dalam lubuk hatiku...
Hanya...dikau sahaja....
Pengubat jiwa dikala ku sedang merindu..
Bagai sinar di dalam hidupku....

Inginku...menyatakan kepadamu...
Hasrat untuk menjadi teman hidupmu..
Apakah...engkau juga sepertiku...
Menyimpan kasih kepadaku...
ohhhhhh....

Friday 14 September 2012

Jodoh

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Lama sgt tak update blog ni.. semalam baru ade kesempatan nak update satu entry. Hari ni..Ara nak story pasal perkara yg memang popular. JODOH. Lima huruf tapi perkataan ni sgt terkenal. Selalu jugak di gunakan dalam skrip-skrip drama. betul tak? hehehe.. contahnya org selalu ckp, dalam drama-drama lah.. "kalau dah jodoh tak kemana.." familiar kan?.. sekarang ni.. budak budak sekolah pun dah pandai guna ayat ni.. Maklumlah budak budak zaman sekarang ni..dah pandai couple.. Budak sekolah rendah pun dah ade bf/gf .. siap berjanji akan sehidup semati lah..sayang sampai syurga lah.. tapi bila dah break.. mula lah menangis meraung update fb, twitter ceritakan keburukan ex diorang tu..ishh... perlu ke sampai mcm tu?

Ara tak boleh nak cakap lebih-lebih pasal couple-couple ni.. maklumlah..Ara sendiri tak pernah couple..  tak de pengalaman.. TAPI.. kalau kawan-kawan Ara ada masalah dengan boyfriend dorang, Ara jugak lah yang dorang akan cari.. kira Ara ni mcm DR CINTA juga lah... Mcm AARON AZIZ.. murah rezeki Aaron sekarang. jadi pelakon dan sekarang dilamar jadi Dj Radio nombor satu Malaysia, ERAfm.. Makin meletup lah ERA lepas ni..baguslah..rezeki dari Allah..

Oklah.. sebelum Ara undur diri.. ara nak kingsi kata-kata ni.. Kata-kata yang selalu kita dengar.. kata-kata ni pun terdapat dalam filem SYURGA CINTA lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. Lama dah citer tu..Lebih kurang macam ni lah kata- kata nya...

"JODOH ada tiga jenis:

1) Jodoh dari syaitan. Bermula dengan perkenalan. Berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Akhirnya si perempuan mengandung dan baru mereka bernikah.

2) Jodoh dari jin. Kamuberdua berkenalan. Tapi cinta hanya bertepuk sebelah tangan. lalu dibomohkan sebelah pihak sehingga buat dia suka pada kamu lalu bernikah.

3)Jodoh dari ALLAH SWT. Kamu berdua bertentangan mata dan terus menusuk ke kalbu. lalu si lelaki masuk meminang dan si dia terima pinangan kamu. dan kamu berdua pun bernikah.

Jika jodoh itu datangnya dari ALLAH SWT..InsyaAllah akan berkekalan hingga ke syurga. barulah boleh dinamakn SYURGA CINTA.

semoga kita akan sentiasa di bawah lindungan Allah dan dijaga olehnya. Bagi yang masih single, jgn sedih kamu sorang saja belum couple. Bersyukurlah.  Kerana ALLAH menjaga kamu BUKAN lelaki yang TAK HALAL jaga kamu.

Sekian..Wasalam. :)

Thursday 13 September 2012

# Situasi 10

Pernah tak kita terfikir :

dalam badan kita ada banyak air.
tapi kenapa bila kulit terluka, DARAH yang kuar ?
dalam hati kita ada banyak darah.
tapi kenapa bila hati terluka, AIRMATA yang kuar ?

Tuesday 26 June 2012

Popular di dunia atau di akhirat?

Assalamualaikum.. Lama tak update blog ni.. dah bersarang dah. :D
Saya nak share something yang saya jumpa di lelaman sosial Facebook. Hmm... kandungannya agak pedas tapi message yang nak disampaikan itu yang patut kita ambil kira. Bak kata orang, Jangan lihat siapa yang menyampaikan tapi lihat apa yang disampaikan. Jom kita renungkan bersama2. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Bismillahirahmanirrahim.


"Kita berjaya memenangi hati juri, tapi kita gagal memenangi hati malaikat di kanan dan kiri. Terjerit-jerit kita menyanyi, meraung-raung kita dijilat api. Terkinja-kinja kita di atas pentas, tergedik-gedik kita di lautan api. Berpakaian seksi-meksi, terseksa-meksa kita di akhirat nanti.


Kita bangga mendapat pujian daripada tuan direktor atas lakonan kita yang hebat. Tapi kita gagal  menurut arahan 'tuan direktor' besar nun di atas sana. Filem lakonan kita berjaya mendapat box office, tapi filem kita di panggung akhirat hancur tiada nilainya. Kita menjadi pujaan gadis dan jejaka tapi langsung tidak dipandang bidadari apatah lagi menjadi ketua bidadari di syurga.


Kita berjaya menggondol berpuluh trofi piala tapi bukannya trofi pahala. Kita mengejar anugerah dan gelaran tetapi mengenepikan anugerah syurga. Kita mendapat ganjaran wang berjuta-juta, tapi di akhirat kita mengemis meminta-minta. Kita berjalan megah di atas karpet merah,  tapi kita rebah melintasi titian siratulmustakim di sana. Kita nampak gah berpakaian glamour ditaja ribuan ringgit, tapi di padang masyar nanti, telanjang bulat juga kita.


Jadi, apa gunanya jika kita popular di dunia tetapi hanyalah picisan di akhirat?
Alangkah lebih baik kita tidak dikenali di dunia, tetapi kita disanjung di akhirat kelak.


Bertambah bagus lagi jika kita popular di dunia dan popular di akhirat kelak...Pasti anugerah yang bakal diterima lebih besar nilainya disisi ALLAH SWT."


Waktu mula2 saya baca ni mmg memberi kesan sgt dlm diri. Walaupun saya bukan lah antara yang popular di kalangan kawan-kawan apatah lagi di kalangan masyarakat. Kata-kata ni menyedarkan saya yang pada ketika itu terlalu leka dengan dunia. Harap ia juga memberi kesan pada pembaca semua. Sekadar ingin berkongsi. Salam sayang untuk semua.. ;) <3

Tuesday 12 June 2012

FENOMENA JOZAN

JOZAN merupakan gabungan dua nama iaitu JOHAN dan ZIZAN. Dua nama besar ini memang sudah tidak asing lagi di serata Malaysia. Malah, kini, JOZAN telah berjaya menempat di hati peminat di Singapura dan Brunei. Populariti JOZAN semakin meningkat setelah memenangi anugerah Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2011. Baru-baru ini, sekali lagi, Dua nama besar ini dijulang sebagai Juara dan Naib Juara Super Spontan Musim1 yang sudah melabuhkan tirainya pada 1 Jun 2012. Zizan telah menjuarai Super Spontan Musim 1 sekaligus membawa pulang hadiah RM100,000 dan sebuah Toyota Camry sementara Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.Fanclub JOZAN juga dikhabarkan menjadi kelab peminat nombor 1 di Malaysia.

ZIZAN RAJA LAWAK

JOHAN RAJA LAWAK

                           ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN
                      JOHAN NAIB JUARA SUPER SPONTAN 

                    AKSI JOZAN SAAT DIUMUMKAN JUARA

Saya jugak merupakan peminat setia JOZAN dari awal kemunculan hingga kini. Sebagai peminat, saya amat terharu dengan persahabatan antara Johan dan Zizan. Persahabatan akrab antara dua jejaka ini amat dikagumi semua JOZANNERSZ .Banyak aksi spontan JOZAN sewaktu mengacarakan program realiti Raja Lawak musim 2 hingga 6 yang jelas membuktikan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain. Terbaru, aksi JOZAN di gelanggang Super Spontan. JOZAN berjaya membuktikan bahawa persahabatan lebih bernilai dari segala harta di dunia. JOZAN juga telah membuktikan bahawa sahabat sejati benar-benar wujud di realiti dan masa kini. Persahabatan yang sangat ikhlas dan tulus itu menambahkan lagi rasa sayang JOZANNERSZ terhadap JOZAN yang tersayang.

Johan dan Zizan telah bertemu buat pertama kali di rancangan realiti TV Raja Lwak musim pertama. Gandingan pertama mereka sebagai Yoyo. Keserasian mereka terserlah dan mereka diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara rancangan realiti itu bermula musim kedua hingga keenam. JOZAN juga mempunyai rancangan sendiri yang diberi nama JOZAN SHOW.


Saya berharap JOZAN akan tetap bersatu demi peminat yang sangat suka melihat mereka bergandingan. Semoga Johan dan Zizan berjaya di dunia dan akhirat serta bahagia di samping keluarga dan orang -orang yang dicintai. Semoga persahabatan yang terjalin diantara Johan dan Zizan kekal hingga ke syurga Allah SWT.  Amin Ya Rabbal Alamin. <3<3



# Situasi 9

Diganggu RIBUAN LELAKI RAMINYA bukanlah menandakan betapa CANTIKNYA SI GADIS namun jelas menunjukkan betapa hebatnya si gadis TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAHNYA..

p/s : Jangan sesekali dirimu MEMBUKA RUANG DIGANGGU LELAKI yang berpenyakit hatinya sekaligus boleh MENJATUHKAN MARUAHMU..jangan sampai diminati namun LANGSUNG TIDAK DIHORMATI..♥♥

#Renungan

Thursday 3 May 2012

# Situasi 7

Luka yang ada di tangan kita selalu terasa lebih perit daripada luka yang tercalar di hati orang lain. Emosi yang menguasai diri selalu membuatkan kita gagal memahami emosi orang lain.

Kita sering merasa hangatnya airmata di pipi sendiri, sehingga tidak terlihat bergenangnya airmata di kelopak mata orang lain.

Kita selalu berasa bahawa orang tidak memahami kita. Sudahkah kita berusaha memahami mereka?

Thursday 26 April 2012

Ingatlah...

~ Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~ 
~ Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~ 
~ Dalam benci seorang wanita , pasti ada kasih sayang jua ~ 
~ Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya 
~ Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu ~ 
~ Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~ 
~ Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya ~....^_^

Monday 16 April 2012

# Situasi 6

~✿>> Andai dua hati saling MENYUKAI, MENYAYANGI DAN MENCINTAI..maka, simpanlah PERASAAN itu jauh di suatu sudut hati..dan BERGANTUNG HARAPLAH hanya kepada Allah, barulah kebanyakan PINTU SYAITAN akan TERTUTUP..sucinya cinta jika ia DIJAGA DAN DIPELIHARA kerana TIADA UNSUR KELALAIAN dari cinta Allah..

p/s : Inilah sebenarnya cinta KERANA Allah, jangan biarkan hati dan perasaan kita dipenuhi dengan DOSA DAN NODA..♥♥




Sunday 15 April 2012

# Situasi 5

~✿>> Cukuplah LELAKI YANG SOLEH dan BAIK IMANNYA merupakan KRITERIA UTAMA bagi PARA WANITA yang ingin mendapatkan SUAMI, jangan terlalu banyak kriteria dan JANGAN TERLALU BANYAK MEMILIH..cukuplah dengan satu pilihan iaitu lelaki yang TAAT BERAGAMA, SOLEH dan MAMPU MEMBIMBINGMU KE SYURGA ALLAH..

p/s : Seorang LELAKI SOLEH yang mempunyai isteri yang “KURANG SOLEHAH” lalu MENDIDIKNYA dengan ACUAN yang ditetapkan Allah dan Rasul, sebenarnya dia sedang BERJIHAD..♥♥ 

Saturday 14 April 2012

Mengertilah..

"Tidak semua AIR MATA bererti DUKA, 
kadang kala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN.

Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA, 
kadang kala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA."



Sunday 1 April 2012

# Situasi 4


Antara LELAKI dan PEREMPUAN cuma ada istilah KAWAN..tiada kawan baik, kawan rapat, kawan paling disayangi dan sebagainya...kerana jika ada TAMBAHAN pada istilah kawan itu, pasti ada MASALAH iaitu salah satu dari mereka akan TERGELINCIR UNTUK SUKA ATAU JATUH CINTA....

                                 
                       

Monday 26 March 2012

AL-FATIHAH.. Semoga rohnya tenang di sana..

Semalam kat madrasah, Ara dan kawan-kawan dikhabarkan dengan satu berita. Salah seorang ustazah di madrasah Ara masuk ICU.  Kami di maklumkan ustazah diserang semput yang teruk. kemudian nya, doctor sah kan dia brain dead. Doctor bagi 24hours kalau ustazah tak sedar, dorang akan remove life support. Sebak sangat bila dengar berita tu. Walaupun Ara tak kenal dan tak pernah jumpa ustazah tu sebab dia ajar cawangan lain, tapi Ara dapat rasakan kesedihan yang melanda kawan-kawan dan keluarganya.

Sedih bila dapat tahu anak-anaknya yang masih kecil lagi panggil nama ummi mereka. Pagi tadi, Ara dapat tahu ustazah dah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kadang-kadang, kita terlalu asyik dengan dunia. Sampaikan kita terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Kita terlupa semua yang kita ada hanya lah pinjaman yang ALLAH berikan. Bila-bila masa ALLAH akan tarik balik. ALLAH tak perlu tunggu atau minta izin kita untuk tarik nikmat tu..sebab semuanya milik ALLAH. Tapi kita...kita seringkali terlupa untuk bersyukur. kita lupa yang kita ni HANYA menumpang di bumi ALLAH. Bila diberi kesusahan, kita mengeluh. diberi kesenangan, kita angkuh. Bila susah kita ingat DIA. Bila senang kita lupa DIA. Bila tak dapat apa yang kita nak, kita persoalkan tentang keadilan Allah. Layak ke kita? Ya ALLAH...berdosanya aku...

Ara mohon pembaca entry ni sedekahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang dah kembali pada ALLAH. Cepat atau lambat kita juga pasti akan menyusul..cuma tunggu deadline saja. Dan bilamasa kita dah takda nanti kita pun harapkan doa orang yang masih hidup. Semoga roh-roh para muslimin, muslimat, mukminin, mukminat, dan para syuhada di seluruh dunia tenang di sisi ALLAH SWT.


Inna lillahi wainna ilaihi rajion....

Thursday 22 March 2012

# Rindu

ada masanya,
rindu itu akan membuat dadamu sebak.

akan ada masanya,
rindu itu akan membuat matamu basah bergenang.

dan akan ada masanya,
kau akan bergelut menafikannya,menidakkannya.

dan akan ada masanya,
rindu itu akan membuat hatimu sakit.

dan bila masa,
masih gagal merawat sebuah luka.
padahal ia sudah terlalu lama
dan bila masa,
masih gagal menghapus sebuah rasa,
aku biarkan catatan ini 'tergantung' tanpa noktah

Monday 19 March 2012

# Situasi 3

Ramai orang bermadah:
"Aku TIDAK PERLUKAN cinta manusia, aku cuma PERLUKAN CINTA ALLAH."

Kan LEBIH ELOK jika BERSIKAP ADIL:
"Aku perlukan CINTA MANUSIA yang mencintai Allah sehingga aku dapat mencintainya KERANA Allah."


Sunday 11 March 2012

# Jangan Bersedih

JANGAN BIARKAN dirimu terlalu murah sehingga MAMPU DIMILIKI dan DIBUANG begitu sahaja. Sesungguhnya TIADA KELAYAKAN untuk kamu MENITISKAN AIR MATA buat lelaki lain kecuali pada yang layak iaitu SUAMIMU.


Wednesday 7 March 2012

# Ombak Pantai

"Persahabatan umpama ombak dan pantai.. Ketika ombak menghempas pantai, pantai tidak pernah menyatakan kesakitannya kepada ombak.. Biar pun terluka dek terbentuknya liku-liku muara, pantai masih menerima ombak.. Apa akan jadi jika pantai tanpa ombak? Lautan seakan tidak lagi berseni.. Apa pula akan jadi jika ada ombak tetapi tandusnya pasiran pantai?  Kerana mereka saling memerlukan.. Termasuklah Ara memerlukan anda, ya sahabat..."

*hanya org yg sastera je yg akn faham..huhu...Salam sayang untuk semua.. ;-)

Saturday 3 March 2012

LOVE......



In any language, it is still the most beautiful words                                         ever. =)

Wednesday 29 February 2012

# Situasi 2


Kadang-kadang ALLAH biarkan kita BERJAUHAN, DIA datangkan pula KASIH SAYANG.. puas kita menangis, betapa jauhnya ia... rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita sebuah KERINDUAN..


Monday 27 February 2012

# Situasi 1

Dear girls,

Jika seorang lelaki berhenti main game untuk menjawab panggilan anda, itu perkara biasa..tak special mana pun..

Tetapi, jika seorang lelaki berhenti berborak dengan anda untuk menjawab panggilan Allah SWT dan siap ajak anda sekali, maka kahwinilah dia..kerana dia sangat Istimewa...


Selamat menunaikan solat Asar semua (:

# Nota buat diri

Duhai diri,
Usirlah namanya dari hatimu.
Mungkin hari ini kau melihat dirinya sebagai muslimin acuan al-Quran,
Namun suatu hari nanti..
Dia juga mungkin futur dari mujahadahnya.

Serahkan hatimu pada Rabbmu,
Kerana namaNyalah yang selayaknya terpahat di dinding hatimu.

Duhai diri yang penuh dengan cacat dan cela,
Andai kau inginkan seorang mujahid yang soleh,
Ubahlah dirimu menjadi seorang yang solehah.
Jangan mencari putera idaman yang soleh andai diri sendiri tidak solehah.

Duhai diri yang tak sempurna,
Jadilah anak yang solehah buat abi dan ummi yang telah berpenat lelah,
Membesarkan dan mendidikmu.
Usah hancurkan impian mereka.

Duhai diriku,
Sedarlah tarafmu cuma hamba.
Cintamu hanya layak diberikan kepada Sang Pencipta.
Sayangmu sepatutnya dicurahkan kepada Muhammad, kekasih Allah.
Kasihmu pula hanya untuk orang-orang yang mengasihiNya.

Duhai diri,
Bangkitlah dari lenamu dek buaian cinta dunia.

Sunday 26 February 2012

Dulu kecik2,dpt baju spiderman ingat dah ader power panjat tembok..


Bismillahirrahmanirrahim..

tadi, waktu tgh usha gambar2 kat facebook ternampak gambar baju spiderman (mcm yg kat bawah ni)

teringat plak waktu kecik2 dulu.. sy ni lasak. dah mcm budak lelaki. mungkin sebab sy sorang ank prmpn so terikut2 lah perangai abg-abg.

satu hari, kat tv ader tayangkan citer spiderman. ape lagi, layan ah. teruja jugak tgk stunt-stunt yg dibuat. rasa mcm nak try gitu. pernah gayut kat grill tingkap, kat tangan pulak ikat tali kononnyer ader power boleh buat spider web. walaupun percubaan tak berhasil  masih degil nak buat jugak..kena marah ngan mak pun buat tak reti jer.. sampailah satu masa tu kat daerah rumah ader pasar malam. jual mcm2. makanan, mainan, baju-baju  dan baju spiderman pun ader jugak. 

so... minta mak belikan.. mula-mula tu mmg mak tk kasi tapi lepas tu belikan jugak.. biler mak bayar kat kaunter pembayaran tu, mmg puas hati lah.. senyum2 sendiri biler bayangkan diri ni sarungkan baju spiderman.

sampai je rumah, trus masuk bilik,salin baju spiderman yg baru beli tu. siap ngan topeng sekali hah.. tak sabar rasanyer nak lekat kat dinding. hmmph..hampeh btol biler tk dapat panjat tembok. ishh..

baru tahu, rupa2 nya citer tu cuma imaginasi jer.. tak leh jadi real pun.. sia-sia jer beli baju tu.. lepas kes tu, trus tak nak layan lagi citer superhero lagi. kecewa..huhuhu..

Saturday 25 February 2012

Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim...

hmm....first time ber-blogging ni...lain macam je rasa nye..
mudah-mudahan dapat kongsi idea dan cerita yg bermanfaat untuk semua.
kalau ader salah silap, mohon teguran ye..

Salam Ukhuwah~