Welcome To

Welcome To

Tuesday 12 June 2012

FENOMENA JOZAN

JOZAN merupakan gabungan dua nama iaitu JOHAN dan ZIZAN. Dua nama besar ini memang sudah tidak asing lagi di serata Malaysia. Malah, kini, JOZAN telah berjaya menempat di hati peminat di Singapura dan Brunei. Populariti JOZAN semakin meningkat setelah memenangi anugerah Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular di ABPBH 2011. Baru-baru ini, sekali lagi, Dua nama besar ini dijulang sebagai Juara dan Naib Juara Super Spontan Musim1 yang sudah melabuhkan tirainya pada 1 Jun 2012. Zizan telah menjuarai Super Spontan Musim 1 sekaligus membawa pulang hadiah RM100,000 dan sebuah Toyota Camry sementara Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000.Fanclub JOZAN juga dikhabarkan menjadi kelab peminat nombor 1 di Malaysia.

ZIZAN RAJA LAWAK

JOHAN RAJA LAWAK

                           ZIZAN JUARA SUPER SPONTAN
                      JOHAN NAIB JUARA SUPER SPONTAN 

                    AKSI JOZAN SAAT DIUMUMKAN JUARA

Saya jugak merupakan peminat setia JOZAN dari awal kemunculan hingga kini. Sebagai peminat, saya amat terharu dengan persahabatan antara Johan dan Zizan. Persahabatan akrab antara dua jejaka ini amat dikagumi semua JOZANNERSZ .Banyak aksi spontan JOZAN sewaktu mengacarakan program realiti Raja Lawak musim 2 hingga 6 yang jelas membuktikan kasih sayang mereka terhadap satu sama lain. Terbaru, aksi JOZAN di gelanggang Super Spontan. JOZAN berjaya membuktikan bahawa persahabatan lebih bernilai dari segala harta di dunia. JOZAN juga telah membuktikan bahawa sahabat sejati benar-benar wujud di realiti dan masa kini. Persahabatan yang sangat ikhlas dan tulus itu menambahkan lagi rasa sayang JOZANNERSZ terhadap JOZAN yang tersayang.

Johan dan Zizan telah bertemu buat pertama kali di rancangan realiti TV Raja Lwak musim pertama. Gandingan pertama mereka sebagai Yoyo. Keserasian mereka terserlah dan mereka diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara rancangan realiti itu bermula musim kedua hingga keenam. JOZAN juga mempunyai rancangan sendiri yang diberi nama JOZAN SHOW.


Saya berharap JOZAN akan tetap bersatu demi peminat yang sangat suka melihat mereka bergandingan. Semoga Johan dan Zizan berjaya di dunia dan akhirat serta bahagia di samping keluarga dan orang -orang yang dicintai. Semoga persahabatan yang terjalin diantara Johan dan Zizan kekal hingga ke syurga Allah SWT.  Amin Ya Rabbal Alamin. <3<3



1 comment:

  1. go to my youtube channel about jozan http://www.youtube.com/user/ayurumayuri?feature=mhee

    ReplyDelete