Welcome To

Welcome To

Friday 14 September 2012

Jodoh

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum semua...

Lama sgt tak update blog ni.. semalam baru ade kesempatan nak update satu entry. Hari ni..Ara nak story pasal perkara yg memang popular. JODOH. Lima huruf tapi perkataan ni sgt terkenal. Selalu jugak di gunakan dalam skrip-skrip drama. betul tak? hehehe.. contahnya org selalu ckp, dalam drama-drama lah.. "kalau dah jodoh tak kemana.." familiar kan?.. sekarang ni.. budak budak sekolah pun dah pandai guna ayat ni.. Maklumlah budak budak zaman sekarang ni..dah pandai couple.. Budak sekolah rendah pun dah ade bf/gf .. siap berjanji akan sehidup semati lah..sayang sampai syurga lah.. tapi bila dah break.. mula lah menangis meraung update fb, twitter ceritakan keburukan ex diorang tu..ishh... perlu ke sampai mcm tu?

Ara tak boleh nak cakap lebih-lebih pasal couple-couple ni.. maklumlah..Ara sendiri tak pernah couple..  tak de pengalaman.. TAPI.. kalau kawan-kawan Ara ada masalah dengan boyfriend dorang, Ara jugak lah yang dorang akan cari.. kira Ara ni mcm DR CINTA juga lah... Mcm AARON AZIZ.. murah rezeki Aaron sekarang. jadi pelakon dan sekarang dilamar jadi Dj Radio nombor satu Malaysia, ERAfm.. Makin meletup lah ERA lepas ni..baguslah..rezeki dari Allah..

Oklah.. sebelum Ara undur diri.. ara nak kingsi kata-kata ni.. Kata-kata yang selalu kita dengar.. kata-kata ni pun terdapat dalam filem SYURGA CINTA lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. Lama dah citer tu..Lebih kurang macam ni lah kata- kata nya...

"JODOH ada tiga jenis:

1) Jodoh dari syaitan. Bermula dengan perkenalan. Berpegangan tangan dan melakukan maksiat. Akhirnya si perempuan mengandung dan baru mereka bernikah.

2) Jodoh dari jin. Kamuberdua berkenalan. Tapi cinta hanya bertepuk sebelah tangan. lalu dibomohkan sebelah pihak sehingga buat dia suka pada kamu lalu bernikah.

3)Jodoh dari ALLAH SWT. Kamu berdua bertentangan mata dan terus menusuk ke kalbu. lalu si lelaki masuk meminang dan si dia terima pinangan kamu. dan kamu berdua pun bernikah.

Jika jodoh itu datangnya dari ALLAH SWT..InsyaAllah akan berkekalan hingga ke syurga. barulah boleh dinamakn SYURGA CINTA.

semoga kita akan sentiasa di bawah lindungan Allah dan dijaga olehnya. Bagi yang masih single, jgn sedih kamu sorang saja belum couple. Bersyukurlah.  Kerana ALLAH menjaga kamu BUKAN lelaki yang TAK HALAL jaga kamu.

Sekian..Wasalam. :)

No comments:

Post a Comment