Welcome To

Welcome To

Thursday 21 November 2013

Encik Mimpi dan Miss Dreamer (Prolog)

"Rindu rindukanlah diriku..
Sepanjang hari-harimu..
Sayangku.. Ku adalah milikmu..
Sayangku..Ku adalah milikmu yang kau rindu..
Doa doakanlah diriku di dalam hatimu didalam nafasmu..
Sepanjang hari harimu.."

Zara memejam mata sambil tersenyum sendirian menikmati alunan merdu suara Encik Mimpi. Lagu 'Rindukanlah' yang menjadi soundtrack drama Playboy itu Suami Aku dihayati sepenuhnya. Sesekali mulutnya turut sama menyanyikan lagu yang kini semakin kerap dimainkan di corong radio.

"Makin popular buah hati aku ni..Sayang jangan berubah hati ye.." spontan ayat itu terpacul dari mulutnya. Kemudian Zara tergelak sendiri. Barangkali malu apabila tersedar gelagatnya dari tadi diperhatikan Amira, rakan baiknya yang turut sama ketawa.

"Hahaha..perasan nya kau! Mamat tu pun tak kenal kau lah.."

"Eleh...jeles lah tu.. Encik Mimpi reply tweet aku ok..Dia noticed aku tau.."

Amira mencebik bibir. Tangannya menggapai alat kawalan jauh tv lalu menukar saluran.

"Betul ke kau nak sambung belajar kat sana? Apa kat Singapore ni dah takde universiti ke..sampai nak ke Malaysia? Sorang-sorang pulak tu. Aku bukan apa.. Aku risau. Kau tu pendiam, susah nak buat kawan. Macam mana kau nak adapt diri kat sana? " Ujar Amira.

Zara menoleh ke arah Amira. Wajah gadis berusia 21 tahun itu ditatapnya. Persahabatan Zara dan Amira terjalin semenjak 7 tahun lalu ketika di sekolah menengah. Sehingga kini, hubungan mereka masih utuh. Walaupun beberapa kali berselisih faham dan bertengkar, tetapi akhirnya berbaik semula. Selepas tamat OLevel, masing-masing melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian pilihan sendiri. Meskipun tidak lagi kerap bertemu dek berlainan kolej, Zara dan Amira tetap berhubung melalui telefon dan facebook. Adakalanya mereka mencuri masa untuk berjumpa dan bertukar cerita.

"OI!! Aku tanya kau ni. Asal kau ignore aku?!"

Zara tersentak apabila terasa kepalanya dihempuk dengan bantal. Berdengung sekejap. Diusap perlahan kepalanya yang baru sekejap tadi menjadi mangsa Amira. Amira pula mempamerkan wajah selamba. Bukan salah aku!

"Betullah kot. Dah lama dah aku simpan hasrat nak belajar kat sana. Kalau asyik takut aje, macam mana nak tercapai impian aku. Tapi aku kena dapatkan keizinan dari ibubapa aku dulu. Kau kan tahu, aku ni seorang aje anak perempuan. Bongsu pula tu. Susah nak yakinkan diorang yang aku boleh jaga diri kat sana. Kau doakan lah ye. Ini impian aku," terang Zara perlahan. Amira mengangguk mengiyakan kata-kata Zara.

"Lagipun... Senanglah aku nak pergi event Encik Mimpi. Fan gathering, show, performance dia semua tu. Dapatlah aku jumpa insan yang berjaya mencuri hati aku ni," kata-kata Zara diikuti dengan gelak tawanya.

Sekali lagi, Amira membaling bantal tetapi kali ini sempat disambut Zara sebelum terkena kepalanya. Amira dengus geram. Ishh..Sabar jelah!

Mata Zara kembali tertancap pada telefon bimbit. Gambar Encik Mimpi bertopeng yag dijadikan wallpaper henfonnya ditatap lagi. 'Satu hari nanti, kita pasti bertemu..' bisik hatinya. Zara tersenyum yakin.





Hak Milik Cipta : Ara Irnada




Wednesday 15 May 2013

Kalau saya rindu awak, saya tutup mata lepas tu saya rasa. Awak ada kat sebelah sisi..

"Ku pejamkan mata..Kau hadir di sisi..
Ku hulurkan tangan..Kau sambut dengan kasih..
Tenangkanlah hatimu..Agar bisa ku senyum..
Pejamkanlah matamu..Jika rindukan wajahku..

Ku pejamkan mata..Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu..menyemai kasih ku..
Bahagiakan dirimu..Agar bisa ku senyum..
Pejamkanlah matamu..Ku pasti disisi..

Untuk dikau kasih..Ku curahkan cinta suci..
Yang tak mungkin terpadam..Akan terus menyala..
Bahagiakan dirimu..Bisa aku tersenyum..
Pejamkanlah matamu jika rindukan wajahku..
Janjiku kepadamu...Aku pasti disisi..."

Saat rindu datang bertandang, siapa mampu menghalang?
Andai sayang itu masih ada, siapa mampu menepis?
Mulut boleh menidakkan... Namun hati tidak mampu menafikan.

'Kamu', bahagiakan lah dirimu dengan dia. Jangan pernah menolak takdirmu. Meski kita tidak bersama, Aku sentiasa disini. Ya. Disini. Aku tidak mengharap agar 'Kamu' sentiasa ingat aku. Tapi asal jangan pernah lupa akan aku.

"Kalau saya rindu awak, saya tutup mata lepas tu saya rasa. Awak ada kat sebelah sisi.."


Cinta Tergadai - Alif Satar


Jika cinta ini
Tak berbalas tak berbekas di hatimu
Aku pun mengerti
Hatimu telah kau berikan kepadanya
Bukan sakit
Bukan dendam
Tulus cinta ku ingin kau bahagia

CHORUS:
Cukuplah aku mencintaimu
Sampai di sini
Tergadai lagi
Biarku tempuh hidupku tanpamu
Dengan jalanku sendiri


Jika cinta ini
Tak berbalas tak berbekas di hatimu
Aku pun mengerti
Hatimu telah kau berikan kepadanya

Bukan sakit
Bukan dendam
Tulus cinta ku ingin kau bahagia

ULANG CHORUS

Ku takkan sanggup terluka
ku takkan rasa terkilan
Tulus ku cinta ku ingin kau bahagia

Saturday 2 March 2013

Sayang - Shae [parody]

Teman apa khabar dengan mu?
Disini ku merindukan kamu..
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna cinta ALLAH untuk selamanya..

Teman apa khabar denganmu? 
Cubalah kamu update status mu..
Ku rindu dengan ilmu di hatimu 
Kerna ilmu kamu semangat hidupku.. 

Teman dengarlah permintaanku
Jangan lewatkan solatmu..
Teman percayalah apa kataku
ALLAH akan sayang kamu..

Teman dengarlah permintaanku
Jaga aurat untuk imanmu..
Teman dengarlah bisikan hatiku 
Kerna kau sahabatku..

Jangan ragukan kataku
Percaya temanku..
Jaga hatimu selalu..
ALLAH sayang kamu...
Semangat hidupku
Dengan ilmu kamu
Kau SAHABATKU... :) ♥

Lirik milik Chegu Fatin (youtube)