Welcome To

Welcome To

Thursday 21 November 2013

Encik Mimpi dan Miss Dreamer (Prolog)

"Rindu rindukanlah diriku..
Sepanjang hari-harimu..
Sayangku.. Ku adalah milikmu..
Sayangku..Ku adalah milikmu yang kau rindu..
Doa doakanlah diriku di dalam hatimu didalam nafasmu..
Sepanjang hari harimu.."

Zara memejam mata sambil tersenyum sendirian menikmati alunan merdu suara Encik Mimpi. Lagu 'Rindukanlah' yang menjadi soundtrack drama Playboy itu Suami Aku dihayati sepenuhnya. Sesekali mulutnya turut sama menyanyikan lagu yang kini semakin kerap dimainkan di corong radio.

"Makin popular buah hati aku ni..Sayang jangan berubah hati ye.." spontan ayat itu terpacul dari mulutnya. Kemudian Zara tergelak sendiri. Barangkali malu apabila tersedar gelagatnya dari tadi diperhatikan Amira, rakan baiknya yang turut sama ketawa.

"Hahaha..perasan nya kau! Mamat tu pun tak kenal kau lah.."

"Eleh...jeles lah tu.. Encik Mimpi reply tweet aku ok..Dia noticed aku tau.."

Amira mencebik bibir. Tangannya menggapai alat kawalan jauh tv lalu menukar saluran.

"Betul ke kau nak sambung belajar kat sana? Apa kat Singapore ni dah takde universiti ke..sampai nak ke Malaysia? Sorang-sorang pulak tu. Aku bukan apa.. Aku risau. Kau tu pendiam, susah nak buat kawan. Macam mana kau nak adapt diri kat sana? " Ujar Amira.

Zara menoleh ke arah Amira. Wajah gadis berusia 21 tahun itu ditatapnya. Persahabatan Zara dan Amira terjalin semenjak 7 tahun lalu ketika di sekolah menengah. Sehingga kini, hubungan mereka masih utuh. Walaupun beberapa kali berselisih faham dan bertengkar, tetapi akhirnya berbaik semula. Selepas tamat OLevel, masing-masing melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian pilihan sendiri. Meskipun tidak lagi kerap bertemu dek berlainan kolej, Zara dan Amira tetap berhubung melalui telefon dan facebook. Adakalanya mereka mencuri masa untuk berjumpa dan bertukar cerita.

"OI!! Aku tanya kau ni. Asal kau ignore aku?!"

Zara tersentak apabila terasa kepalanya dihempuk dengan bantal. Berdengung sekejap. Diusap perlahan kepalanya yang baru sekejap tadi menjadi mangsa Amira. Amira pula mempamerkan wajah selamba. Bukan salah aku!

"Betullah kot. Dah lama dah aku simpan hasrat nak belajar kat sana. Kalau asyik takut aje, macam mana nak tercapai impian aku. Tapi aku kena dapatkan keizinan dari ibubapa aku dulu. Kau kan tahu, aku ni seorang aje anak perempuan. Bongsu pula tu. Susah nak yakinkan diorang yang aku boleh jaga diri kat sana. Kau doakan lah ye. Ini impian aku," terang Zara perlahan. Amira mengangguk mengiyakan kata-kata Zara.

"Lagipun... Senanglah aku nak pergi event Encik Mimpi. Fan gathering, show, performance dia semua tu. Dapatlah aku jumpa insan yang berjaya mencuri hati aku ni," kata-kata Zara diikuti dengan gelak tawanya.

Sekali lagi, Amira membaling bantal tetapi kali ini sempat disambut Zara sebelum terkena kepalanya. Amira dengus geram. Ishh..Sabar jelah!

Mata Zara kembali tertancap pada telefon bimbit. Gambar Encik Mimpi bertopeng yag dijadikan wallpaper henfonnya ditatap lagi. 'Satu hari nanti, kita pasti bertemu..' bisik hatinya. Zara tersenyum yakin.





Hak Milik Cipta : Ara Irnada




2 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih! Insyaallah. Ade masa nnti, akan diupdate sambungannya. ^^

      Delete