Welcome To

Welcome To

Wednesday 4 March 2015

Encik Mimpi dan Miss Dreamer (Bab 1)

Bab 1

Matanya yang bulat, terselindung di sebalik cermin mata besar berbingkai hitam. Wajahnya putih bersih tanpa secalit mekap. Bibirnya merah walaupun tidak mengenakan sebarang gincu mahupun pelembap bibir. Mungkin kerana dia tidak merokok maka itu dia mempunyai bibir yang cantik.

Zara tekun menaip. Tugasan yang diberikan pensyarah perlu disiapkan secepatnya. Baru seminggu berada di universiti pilihannya, namun jadual Zara memang padat. Mujur hari itu kelasnya dibatalkan. Dapatlah dia gunakan masa itu untuk menyiapkan tugasan yang berbaki. Meja yang digunakannya dipenuhi dengan buku-buku yang dijadikan bahan rujukan.  Suasana di perpustakaan pagi itu agak sunyi. Mungkin ramai yang telah ke kuliah. Kalau tidak, tentu sahaja sesak perpustakaan itu dengan kunjungan para pelajar .

Sesekali Zara meraup wajahnya. Cermin mata ditanggalkan lalu matanya dipejamkan. Lama sangat menatap skrin komputer riba menyebabkan matanya terasa sakit. Zara sandarkan kepalanya di tembok disisi sambil merenung ke arah meja. Kemudian , matanya beralih ke arah buku catatan jadual. Dicapai lalu diselak setiap helaian mukasurat. 'Baru seminggu kuliah dah banyak macam ni. Alahai.... bila nak game.' Keluh Zara.

"PAMM!" Sebuah buku dicampak kasar ke atas mejanya. Tersentak dari lamunan, Zara mendongak. Terkebil-kebil mata Zara melihat ke arah lima jejaka yang berdiri di hadapannya. Zara meneliti setiap wajah itu sambil dadanya berdegup kencang. 'Kalau tak silap...mereka ni..'

----------------------------------------------------

"Diorang tu siapa? Asal semua orang macam tak suka je kat diaorang tu?" Soal Zara kepada Ainin, rakan sebiliknya.

"Kalau kau nak tau, depa tu senior kat uni ni. Tapi depa tu kaki buli. Ganggu orang sana sini. Malang lah sesiapa yang berdepan dengan depa tu. Alamatnya, sebulan lah jadi hamba kat depa tu. Aku ni elak punya elak. Nasib baiklah sepanjang belajar kat sini, depa tak usik aku. Kalau tidak.. ni hah makan dia!" Penumbuk disuakan  tepat di depan muka Zara. Sejenak, tawa Ainin meletus .

"Hahahaha...sorry sorry. Aku tak sengaja. Hahaha.." Ainin sambung gelak. Zara menghela nafas lega. Lagi sikit dapat penumbuk free!

"OI!" Suara garau itu menamatkan lamunannya. Zara kembali tersedar. Lima lelaki tadi telah pun mengambil tempat di kerusi-kerusi sekeliling meja itu. Sekali lagi, dada Zara berdegup kencang. 

Matanya memandang sekeliling perpustakaan. Kelihatan pelajar-pelajar di situ turut memandang ke arahnya. Ada yang kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Ada yang tersenyum sinis.

"Zara Adriana,"

Pantas Zara menoleh ke kirinya. Lelaki itu turut memandang ke arahnya.

"Cantik nama," ujarnya.

"Terima kasih," Jawab Zara laju sambil tersenyum lebar.


"Tapi tak kena dengan muka," sambung lelaki itu dengan selamba, mematikan senyuman Zara.