Welcome To

Welcome To

Saturday 5 December 2015

#PakYusDalamKenangan - Sabri Yunus




KAU TAK KAN BERMIMPI LAGI

Kini kau telah pulang 
ke rumah yang abadi
Meninggalkan lakaran
lukisan mimpi mimpi
Yang tidak pernah kau warnai
Kau sebenarnya takut
mewarnai mimpi
Kerana warna menjadikan
mimpi itu realiti
Kau sapertinya takut
tatapi realiti
Kerana reliti saperti
mimpi yang ngeri
Lalu kau harus tidur lagi
untuk terus melakar mimpi
Kini kau dirumah abadi sendiri
Dan dirumah itu nanti
kau tak akan punya mimpi
Kerana kau tidak akan pernah tidur lagi
Di sana adalah realiti
sebenar realiti
yang tak mungkin kau takuti
sabriyunus
3122015
4am

Friday 4 December 2015

#PakYusDalamKenangan - Nur Fatiha


MAAF, AKU HANYA INGIN BERSUARA

Hari ini
air mata aku tumpah lagi
walau telah berhari-hari engkau pergi

Aku masih rasa
Engkau masih ada
walau jauh di sudut hati
terpaksa jua aku akui
engkau telah pun pergi bertemu kekasih abadi

Bukan aku meratapi
Tidak pula aku menyesali

Siapa aku
untuk merajuk hati
untuk memarahi takdir
yang mengambil engkau pergi

Siapa aku 
untuk menafikan ketentuan Rabbi
sedangkan aku juga hanya manusia
yang hidup mengharapkan rahman dan rahimnya yang Maha Esa

Maaf, aku hanya ingin bersuara
meluahkan rasa
menzahirkan cinta
yang tidak terungkap
sewaktu engkau masih bernyawa

Maaf, aku hanya ingin bersuara
berkongsi rasa bersama para manusiayang engkau tinggalkan dengan seribu pengajaran
yang engkau biarkan
hanyut dalam tangisan.
Kuatnya penangan pemergianmu 
Langsung tidak lekang dari ingatan

Maaf
andai aku terlebih kata
andai bicaraku seperti memuja
aku hanya kagum
bagaimana dalam sesingkat waktu
mereka semua bersatu
melahirkan rindu buatmu

Al-Fatihah.

Nur Fatiha, Sahabat Jambu dari Singapura
4 December 2015
9pm

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Moga amanlah dan bahagia engkau disana
setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
moga disana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Ya Allah tempatkan nya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu"