Welcome To

Welcome To

Monday 26 March 2012

AL-FATIHAH.. Semoga rohnya tenang di sana..

Semalam kat madrasah, Ara dan kawan-kawan dikhabarkan dengan satu berita. Salah seorang ustazah di madrasah Ara masuk ICU.  Kami di maklumkan ustazah diserang semput yang teruk. kemudian nya, doctor sah kan dia brain dead. Doctor bagi 24hours kalau ustazah tak sedar, dorang akan remove life support. Sebak sangat bila dengar berita tu. Walaupun Ara tak kenal dan tak pernah jumpa ustazah tu sebab dia ajar cawangan lain, tapi Ara dapat rasakan kesedihan yang melanda kawan-kawan dan keluarganya.

Sedih bila dapat tahu anak-anaknya yang masih kecil lagi panggil nama ummi mereka. Pagi tadi, Ara dapat tahu ustazah dah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kadang-kadang, kita terlalu asyik dengan dunia. Sampaikan kita terlupa dengan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Kita terlupa semua yang kita ada hanya lah pinjaman yang ALLAH berikan. Bila-bila masa ALLAH akan tarik balik. ALLAH tak perlu tunggu atau minta izin kita untuk tarik nikmat tu..sebab semuanya milik ALLAH. Tapi kita...kita seringkali terlupa untuk bersyukur. kita lupa yang kita ni HANYA menumpang di bumi ALLAH. Bila diberi kesusahan, kita mengeluh. diberi kesenangan, kita angkuh. Bila susah kita ingat DIA. Bila senang kita lupa DIA. Bila tak dapat apa yang kita nak, kita persoalkan tentang keadilan Allah. Layak ke kita? Ya ALLAH...berdosanya aku...

Ara mohon pembaca entry ni sedekahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang dah kembali pada ALLAH. Cepat atau lambat kita juga pasti akan menyusul..cuma tunggu deadline saja. Dan bilamasa kita dah takda nanti kita pun harapkan doa orang yang masih hidup. Semoga roh-roh para muslimin, muslimat, mukminin, mukminat, dan para syuhada di seluruh dunia tenang di sisi ALLAH SWT.


Inna lillahi wainna ilaihi rajion....

Thursday 22 March 2012

# Rindu

ada masanya,
rindu itu akan membuat dadamu sebak.

akan ada masanya,
rindu itu akan membuat matamu basah bergenang.

dan akan ada masanya,
kau akan bergelut menafikannya,menidakkannya.

dan akan ada masanya,
rindu itu akan membuat hatimu sakit.

dan bila masa,
masih gagal merawat sebuah luka.
padahal ia sudah terlalu lama
dan bila masa,
masih gagal menghapus sebuah rasa,
aku biarkan catatan ini 'tergantung' tanpa noktah

Monday 19 March 2012

# Situasi 3

Ramai orang bermadah:
"Aku TIDAK PERLUKAN cinta manusia, aku cuma PERLUKAN CINTA ALLAH."

Kan LEBIH ELOK jika BERSIKAP ADIL:
"Aku perlukan CINTA MANUSIA yang mencintai Allah sehingga aku dapat mencintainya KERANA Allah."


Sunday 11 March 2012

# Jangan Bersedih

JANGAN BIARKAN dirimu terlalu murah sehingga MAMPU DIMILIKI dan DIBUANG begitu sahaja. Sesungguhnya TIADA KELAYAKAN untuk kamu MENITISKAN AIR MATA buat lelaki lain kecuali pada yang layak iaitu SUAMIMU.


Wednesday 7 March 2012

# Ombak Pantai

"Persahabatan umpama ombak dan pantai.. Ketika ombak menghempas pantai, pantai tidak pernah menyatakan kesakitannya kepada ombak.. Biar pun terluka dek terbentuknya liku-liku muara, pantai masih menerima ombak.. Apa akan jadi jika pantai tanpa ombak? Lautan seakan tidak lagi berseni.. Apa pula akan jadi jika ada ombak tetapi tandusnya pasiran pantai?  Kerana mereka saling memerlukan.. Termasuklah Ara memerlukan anda, ya sahabat..."

*hanya org yg sastera je yg akn faham..huhu...Salam sayang untuk semua.. ;-)

Saturday 3 March 2012

LOVE......



In any language, it is still the most beautiful words                                         ever. =)