Welcome To

Welcome To

Friday 2 November 2012

Laut Berbisik, Aku Cinta Dikau Wahai Langit...

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan 'Aku Cinta Kepadamu..'  ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari datang Awan...

Begitu melihat kecantikkan  si langit, awan seketika itu juga jatuh hatu terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tetap tidak berputus asa...

Awan mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Sehingga dengan gelombangnya, laut berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datang angin yang sejak dahulu mengetahui hubungan laut dengan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.

Dengan tiupan deras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perassan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perassaan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih..

Hinggalah sekarang kasihantara laut dan langit tidak dapat dipisahkan. Kita juga boleh melihat dimana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garisan antara laut dengan langit, di situlah mereka sedang berpacaran...


Why does it always rain on me? 
Just let the rain falls, cause rainbow will appear after it..~ :)

No comments:

Post a Comment