Welcome To

Welcome To

Sunday 11 November 2012

♥ Pierre Andre - The Most Respectable Actor ♥

Assalamualaikum..

Ok.. Hmm..rasanya baca tajuk je korang pun dah boleh agak kenapa entry kali ni bertajuk PIERRE ANDRE. Memang nak berbual pasal Pierre ni.


Firstly, Ara nak ucap tahniah untuk semua pemenang Anugerah Skrin 2012 especially Pierre Andre (ofcoz!). Ara memang peminat Pierre dari cerita Gol&Gincu Season1 lagi. So memang bangga sangat kat dia. Bagi Ara , Ara rasa Pierre ni memang seorang yang berbakat besar. mungkin orang lain kata dia ni agak kurang sikit dari segi rupa sebab tu tak ramai peminat. TAPI bagi Ara, setiap orang ada keistimewaan sendiri. I really adore him. A lot!

Setiap filem atau drama lakonan Pierre, Ara suka sangat cara dia lakonkan. Yang paling Ara suka sekali pasal Pierre ni, cara dia berbual. ROMANTIK TAU! Suara dia romantik sangat. Lebih-lebih lagi dalam Gol&Gincu dia pegang watak Reza yang couple dengan Putri. He so sweet.!! Masih ingat satu scene dalam cerita tu whereby, Reza surprise Putri dengan 'kabulkan' impian Putri untuk tunggang kuda. something like that. Bayangkan suami korang buat macam gitu..Ara tak cakap bf, Ara kata SUAMI. Lebih manis, lebih indah dan lebih bermakna kalau kebahagian kita dikongsi dengan yang halal. Kan? Hmmmm..bestnyer...Nak mcm Reza... ;)

Ok ok..cut the crap.. Sekarang ni, Ara nak komen pasal Pierre Andre kat ASK2012. Masa first time camera zoom kat Pierre time dia baru nak naik stage tu, Ara terkejut jugak dengan imej baru dia. Kelihatan agak sihat dan comel and berjambang. MasyaAllah. Kacak. Bagi Ara, Lelaki yang kacak dan Macho adalah lelaki yang berjanggut so sebab tu lah Ara kata Pierre nampak kacak. Dan sekali lagi Ara dikejutkan dengan ucapan Pierre yang sangat-sangat hebat! Ara pasti semua yang menonton dan yang ada kat sana pun pasti terpegun mendengar kata-kata jejaka ni. Dan soalan yang confirm singgah di kepala anda ialah, "Pierre dah berhijrah ke?"

MasyaALLAH! Ara tabik spring kat Pierre sebab ucapan dia memang sangat bermakna. Kagum sangat dengan Pierre. Dia tak henti-henti ucap nama ALLAH dan RASULULLAH masa terima anugerah. Tanda dia bersyukur kepada ILLAHI. Sangat ketara perubahan Pierre.


Guys, anggap speech Pierre tu sebagai TEGURAN dan PERINGATAN dari ALLAH. Mungkin sepanjang event ASK2012 ni berlangsung, semua lupa diri, lupa Islam, lupa jaga aurat, lupa jaga batas pergaulan dan mungkin juga lupa ALLAH. Kita lupa ALLAH maha melihat segala-galanya. Kita lupa ALLAH sentiasa ada dengan kita sepanjang masa. ALLAH nak ingatkan kita, segala yang kita ada, semuanya milik ALLAH. Tak akan berlakunya sesuatu perkara tanpa izin DIA.

Bayangkan, sepanjang event tu, berapa banyak dosa kita dapat..So, HE sent Pierre Andre at the end of the show to REMIND us. ALLAHUAKBAR!

Sama-sama kita muhasabah diri. Kata Saidina Ali R.A, "Jangan lihat siapa yang bicara, Tapi lihatlah apa yang dibicarakan."

Ara doakan Pierre akan terus istiqamah dan Ara harap dapat lihat lebih banyak filem Islamik yang bakal memenuhi industri perfileman. InsyaALLAH.

"...anugerah yang paling hebat adalah kalimah LA ILLAHA ILLAHALLAH yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar..."  - Pierre Andre #ASK2012


Semoga Pierre Andre menjadi contoh terbaik untuk artis-artis yang lain dan kita semua. Walau hebat mana pun pencapaian kita di dunia, ingatlah semuanya milik ALLAH. Bersyukurlah

Akhir kata, HARGAILAH KALIMAH LA ILLAHA ILLAHALLAH. Sekian Wasalam.
LOVE ALLAH LOVE MUHAMMAD.

No comments:

Post a Comment