Bab 1
Matanya yang bulat, terselindung
di sebalik cermin mata besar berbingkai hitam. Wajahnya putih bersih tanpa
secalit mekap. Bibirnya merah walaupun tidak mengenakan sebarang gincu mahupun
pelembap bibir. Mungkin kerana dia tidak merokok maka itu dia mempunyai bibir
yang cantik.
Zara tekun menaip.
Tugasan yang diberikan pensyarah perlu disiapkan secepatnya. Baru seminggu
berada di universiti pilihannya, namun jadual Zara memang padat. Mujur hari itu
kelasnya dibatalkan. Dapatlah dia gunakan masa itu untuk menyiapkan tugasan
yang berbaki. Meja yang digunakannya dipenuhi dengan buku-buku yang dijadikan
bahan rujukan. Suasana di perpustakaan
pagi itu agak sunyi. Mungkin ramai yang telah ke kuliah. Kalau tidak, tentu
sahaja sesak perpustakaan itu dengan kunjungan para pelajar .
Sesekali Zara meraup
wajahnya. Cermin mata ditanggalkan lalu matanya dipejamkan. Lama sangat menatap
skrin komputer riba menyebabkan matanya terasa sakit. Zara sandarkan kepalanya
di tembok disisi sambil merenung ke arah meja. Kemudian , matanya beralih ke arah
buku catatan jadual. Dicapai lalu diselak setiap helaian mukasurat. 'Baru
seminggu kuliah dah banyak macam ni. Alahai.... bila nak game.' Keluh Zara.
"PAMM!"
Sebuah buku dicampak kasar ke atas mejanya. Tersentak dari lamunan, Zara
mendongak. Terkebil-kebil mata Zara melihat ke arah lima jejaka yang berdiri di
hadapannya. Zara meneliti setiap wajah itu sambil dadanya berdegup kencang.
'Kalau tak silap...mereka ni..'
----------------------------------------------------
"Diorang tu siapa?
Asal semua orang macam tak suka je kat diaorang tu?" Soal Zara kepada Ainin,
rakan sebiliknya.
"Kalau kau nak
tau, depa tu senior kat uni ni. Tapi depa tu kaki buli. Ganggu orang sana sini.
Malang lah sesiapa yang berdepan dengan depa tu. Alamatnya, sebulan lah jadi
hamba kat depa tu. Aku ni elak punya elak. Nasib baiklah sepanjang belajar kat
sini, depa tak usik aku. Kalau tidak.. ni hah makan dia!" Penumbuk
disuakan tepat di depan muka Zara.
Sejenak, tawa Ainin meletus .
"Hahahaha...sorry sorry. Aku tak sengaja.
Hahaha.." Ainin sambung gelak. Zara menghela nafas lega. Lagi sikit dapat
penumbuk free!
"OI!" Suara
garau itu menamatkan lamunannya. Zara kembali tersedar. Lima lelaki tadi telah
pun mengambil tempat di kerusi-kerusi sekeliling meja itu. Sekali lagi, dada
Zara berdegup kencang.
Matanya memandang sekeliling perpustakaan. Kelihatan
pelajar-pelajar di situ turut memandang ke arahnya. Ada yang kelihatan
berbisik-bisik sesama sendiri. Ada yang tersenyum sinis.
"Zara
Adriana,"
Pantas Zara menoleh ke
kirinya. Lelaki itu turut memandang ke arahnya.
"Cantik nama," ujarnya.
"Terima
kasih," Jawab Zara laju sambil tersenyum lebar.
"Tapi tak kena
dengan muka," sambung lelaki itu dengan selamba, mematikan senyuman Zara.